Thursday, December 10, 2015

Apabila anak lelaki mula berkhatan


Hari ni 10 Disember 2015, hari yang cukup bersejarah dan bermakna buat anak sulung kami, Imdad. Jam 8.15 pagi tadi dengan rasminya Imdad telah dikhatankan di klinik berhampiran rumah kami. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak yang nak bersunat, ibu bapanya pula yang terlebih berdebar. Haha...biasalah, ini pengalaman pertama anak masuk bersunat. Gambar tu sebelum disunatkan, kami tiba awal jadi dapat giliran pertama. Prosesnya mengambil masa hampir setengah jam juga.



Tadaa... dah siap kena potong. Alhamdulillah nampak ok jer.. Maka berakhirlah dunia kanak-kanak Imdad. Tak lama lagi beralih ke alam remaja dan dewasa. Begitulah kitaran hidup. Sebagai makhluk, tak ada yang kekal selamanya. Macamana yer lepas ni...pasal makan minum, buang air, mandi, solat, tidur dan sebagainya. Hehe...nak kena fikir juga ni.



Maka bermulalah aktiviti melepak depan tv. Dua tiga hari ni tv menjadi peneman setia. Dari pagi sampai malam ler menonton kartun jawabnya. Berehatlah.. dah sembuh nanti bolehlah buat aktiviti lain pula. Oh ya, pasal bayaran berkhatan tahun ni, RM 120.



Semoga Imdad cepat sembuh, dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Bersabarlah sepanjang beberapa hari ni. Adik-adik pun ada kat rumah tu buat peneman. Banyak pengalaman baru, bukan saja kepada Imdad, tapi kami sebagai ibu bapanya juga.


1 comment:

JR said...

Sekarang proses berkhatan semakin dipermudahkan, cepat berjalan, cepat sembuh. Ibu bapa tak payah pening keala jaga anak lama-lama macam zaman dulu.