Saturday, December 12, 2015

Bahaya ker bela Hamster di rumah?


Saya baru beli 2 ekor hamster untuk anak-anak. Siap dengan sarangnya yang cantik la juga. Tapi kan...lepas beli tu baru terfikir, eh tak bahaya ker bela hamster di rumah? Budak-budak ni bukan setakat tengok jer, siap pegang-pegang lagi tu. Setakat ni takde lah kena gigit. Hehe.. Cuma yang saya musykil kan..soal kebersihan apabila memegang haiwan ni. Yer la...najis dan air kencingnya mesti melekat di tangan.



Jadi setiap kali selepas memegang haiwan ni saya suruh anak-anak bersihkan tangan mereka. Satu lagi pasal spesis hamster ni ada banyak rupanya. Saya beli spesis yang berlainan. Hamster jantan berwarna putih (jenis Winter White?)  dan hamster betina jenis Syrian. Masa beli tak tahu pun spesis apa, dan tak tanya pula pekedai tu.Hehe..Balik rumah baru cari dalam internet. Ada dalam blog yang saya baca, tak boleh letak spesis yang berlainan dalam satu sarang. Alamak...macamana ni..tapi setakat ni nampak ok jer...takde gaduh-gaduh lagi.



Dari segi makanan hamster ni saya tak risau sangat sebab ada banyak pilihan makanan haiwan ni. Cuma dari segi kesihatan anak-anak yang bermain dengan haiwan ni. Anak-anak saya takde sebarang alergi terhadap binatang peliharaan. Kalau binatang ni boleh membawa kesan terhadap kesihatan, rasanya tak payah bela kot  Huhu... Kalau anda ada info tentangnya, bolehlah berkongsi yer. Terima kasih.


2 comments:

Syamsid Dhuha said...

Tak pernah bela hamster . So tak boleh nak share info melainkan yang dah berpengalaman but they're so cute lagi2 yang macam gemuk gedempou yang jenis malas nak jalan . Haha

- Syamsid Blog -
.

Mormor said...

maybe sebab dorang lain jantina, tu tak gaduh kut. hehe. btw, anak tu comel laa :D