expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 21, 2015

Bloglist: Pesanan kepada Blogger Baru


Entri khas untuk blogger baru! Cewah...macamlah saya ni dah lama jadi blogger. Tak lama juga..baru 5 tahun lebih. Sepanjang tempoh ni banyak pengalaman suka duka menjadi blogger persendirian dan tak sepenuh masa ni. Semua dilakukan untuk kepuasan diri, meluahkan apa yang dirasakan perlu dikongsi dengan pembaca yang lain. Fokus utama entri ini ialah pasal bloglist dalam blog.



Kebanyakan blogger akan memasang bloglist dalam blog masing-masing. Tak kisahlah untuk bacaan sendiri mahupun pertukaran link secara suka sama suka. Saya sendiri pun sejak mula berblog, memasang bloglist ni. Tengoklah rakan-rakan blogger saya dalam bloglist kat atas tu! Ada yang dah lama tak update blog. Sayang pula nak buang link blog mereka dalam bloglist saya. Suatu masa dulu...saya dan mereka saling berkunjung atau blogwalking. Biarpun tak kenal antara satu sama lain, tapi apabila link mereka dalam blog kita tu dengan update entri, terasa macam dah kenal lama dan mesra. Apa khabar mereka sekarang ni?

Satu lagi kelebihan apabila link blog kita ada dalam blog famous yang pengunjungnya ribu-ribu orang satu hari. Tempias jumlah trafik yang banyak tu akan masuk juga ke blog kita! Mimpilah kalau link blog-blog biasa ni nak dimasukkan dalam blog blogger yang dah terkenal. Kecuali kalau ada pertukaran link secara suka sama suka. Kiranya situasi menang menang la ni.

Ada blogger baru yang memasukkan link blog popular dalam bloglist mereka. Baiknya, kita dapat baca entri menarik dan mengambil pengalaman mereka dalam berblog. Dari segi trafik ke blog kita sendiri, saya rasa tak begitu membantu, melainkan kita buat pertukaran link dengan mereka. Contoh mudah, saya telah buat pertukaran link dalam bloglist ni dah lama. Hasilnya sangat bagus! Ada pengunjung blog yang melawat blog saya dari link blog saya yang berada dalam blog rakan blogger lain. Begitu juga sebaliknya.

Lagi banyak link blog kita dalam blog blogger lain, lagi bagus. Tapi jangan sekadar ada link...kenalah selalu update blog kerana blog yang kerap update akan sentiasa berada di atas dalam bloglist tu. Tajuk entri mesti power! baru orang tertarik nak klik link blog kita tu. 

Akhir tahun ni ramai blogger nak mengemaskini bloglist masing-masing. Ada yang buat bloglist pilihan mengikut bulan dan sebagainya. Itu hak masing-masinglah.... Bagi saya secara peribadi, lebih baik buat pertukaran link supaya masing-masing dapat keuntungan dari segi menambah jumlah trafik ke blog sendiri. Kepada yang nak masuk bloglist saya, silakan...masih ada ruang kita buat link exchange. Tinggalkan link blog anda dalam komen di bawah. Terima kasih, selamat berblog.



6 comments:

  1. Nak tukar link gak... thanks..
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana meletakkan blog saya dalam paparan di atas. Marilah kita blogger sama2 menyokong satu sama lain semoga ada tempias manfaatnya...

    ReplyDelete
  3. Tak rugi kita menambah kenalan yang ada.. ;)
    Salam kenal dari mak budak a.k.a remaja purba.. ;)

    ReplyDelete
  4. nak tukar link. eh! tetiba. saya pun blogger baru 'muncul semula' dulu memang aktif juga dan ramai kawan alam maya. apa pun teruskan berblog ye cikgu.byk maklumat dan informasi kat sini terutama pasal kelate. i like kelate so much !!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu. Saya pun nak tukar link jgk. www.bicaradariaku.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.