Tuesday, December 22, 2015

Dah mula sibuk Membeli Kelengkapan Sekolah anak-anak


Setiap kali nak buka sekolah, ramai yang sibuk buat persiapan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Dah macam satu kemestian pula membeli pakaian, kasut dan alat tulis yang baru. Hari ni kami pun menyibukkan diri juga membeli apa-apa yang patut. Kena bawa anak-anak pergi bersama ke kedai baru meriah sikit. Haha...



Macam-macam gelagat ibu bapa dan anak-anak. Ada yang anak-anak berkenan tapi ibu bapa pula tak berkenan (faktor RM la tu!). Kalau dah ramai sangat kat kedai peralatan sekolah ni boleh serabut juga melihatnya. Kesian pembantu kedai melayan pelbagai kerenah pembeli. Sabarlah yer...setahun sekali jer sibuk macam tu.



Banyak ratus jugalah yang terbang hari ni. Itupun belum habis lagi benda yang nak dibeli. Boleh dikatakan harga kebanyakan kelengkapan sekolah tahun ni lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Betul lah seperti laporan berita Awani 7.45 malam tadi, kebanyakan ibu bapa sekarang terpaksa melakukan #2kerja  bagi menampung peningkatan kos hidup sekarang.

Jadi, berpada-padalah berbelanja. Kalau pakaian sekolah tahun 2015 masih baik, boleh saja dipakai untuk sesi 2016 nanti. Begitu juga dengan kasut mahupun alat tulis. Sebagai ibu bapa, semestinya kita ingin menyediakan kelengkapan terbaik untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan 2016. Semoga persiapan rapi itu berbaloi dengan hasil usaha anak-anak dalam pelajaran nanti.



4 comments:

aizamia3 said...

Rata-rata akan memberi jawapan 'terpaksa, dan takde pilihan'
Rezeki anak2 tetap ada cuma tidaklah semewah seperti sebelum ni. :(

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum saudara.
Sudah menjadi lumrah akhir tahun.. ibi-bapa akan sibuk mencari keperluan sekolah anak2. Setuju dgn saudara agar berpada-;ada dalam berbelanja. JIka uniform skeolah yang tahun 2015 masih elok, maka ia masih boleh digunapakai.

Terima kasih kerana masukkan link blog saya ke senarai bloglist saudara. Link blog saudara juga saya masukkan ke dalm senarai bloglist saya.

SYANI said...

Saya pun baru settlekan hal sekolah anak2 hujung minggu haritu. Itupun ada tak complete lagi. Memang kami bersederhana saja tahun ni.

Zamri Spoon said...

salam bro link blog tuan sudah saya pautkan dlm blog saya http://zamrispoon.blogspot.my