Wednesday, December 23, 2015

Makan kat rumah ker kat luar?


Aiskrim kelapa dan nasi ayam... pilihan kami semasa makan tengahari tadi. Baru sempat singgah di restoran Sapuroh, di Kota Bharu. Lokasinya berdekatan Wisma Persekutuan, sentiasa ramai pelanggan. Nak parking kereta pun sedikit bermasalah. Bukan saja aiskrim dalam buah kelapa, ada juga tomyam dan beberapa menu lain menggunakan buah kelapa muda. Trend sekarang kot..
Bagi saya, makanan kat sini biasa-biasa saja. Harganya pun standard la... Selain nasi ayam, ada lagi menu lain. Saya tak pasti pula makanan apa yang best kat sini, sebab nampak ramai yang makan nasi ayam tu!



Kebetulan pula laporan Astro Awani 7.45 sebentar tadi ada paparan pasal nak makan kat luar ker makan kat rumah? Macam-macam pendapatlah kan. Bagi yang ahli keluarga tak ramai, makan kat luar tak jadi hal. Nak masak pun serba salah. Tambahan pula harga bahan mentah pun mahal juga sekarang. Alasan utama...sibuk, dan banyak masa dihabiskan di tempat kerja. Tak sempat nak masak!

Kalau makan kat luar bagi satu keluarga 5 orang, menu yang biasa-biasa saya rasa habislah juga RM 50 tu. Kalau ramai lagi...kena fikir beberapa kali lah nak makan kat luar pun. Sekali-sekala tak apalah kot. Nak kata orang kita berkira sangat kalau nak makan kat luar, rasanya tidak. Tengoklah kat kedai-kedai makan... sentiasa penuh terutamanya waktu makan tengahari juga malam. Sesetengah tempat tu, lewat malam pun ramai lagi sedang makan.

Itulah orang kita...mahal ker murah ker, Kat rumah ker kat luar ker.. makan tetap kena makan. Pesanan saya, makanlah ketika ada selera ni. Kalau dah sakit nanti...sebut pasal makan pun dah tak bernafsu!. Tapi elok juga berwaspada...jangan terlebih makan... bahaya kepada kesihatan.


3 comments:

Pokcik Blogger said...

waaa.. bestnya nasi ayam

aizamia3 said...

Sesekali makan jugak dekat luar, sekadar reward untuk anak2 yang teringin nak makan luar dan mak budak pun boleh rehat dari memasak.. hehehe.

Shahida Dzulkafli said...

Setuju sangat.. sementara sihat, makanlah apa pun janji dalam kuantiti berpada..
Pada saya disini...
Ada masa saya akan masak.. Kalau hari berkerja, saya akan beli lauk siap dan masak nasi dirumah..
Lebih murah dan cepat..