expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 7, 2015

Kelebihan dan Kekurangan Diri


Jom cermin diri...pasti kita ingin lihat kesempurnaan diri. Kalau ada cacat cela...pasti merisaukan. Contoh mudah, kalau muka dinaiki jerawat, sebiji pun dah cukup memalukan untuk berhadapan dengan orang ramai. Nampak tak..kita memang tak berapa suka dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri! Tapi di sebalik setiap kekurangan itu ada kelebihannya. Adakah kita ingin menutup keistimewaan yang ada pada diri itu disebabkan sedikit kekurangan.? Kalau bukan kita sendiri menghargai kelebihan diri, siapa lagi? Ini bukan bermaksud untuk ego atau merendahkan orang lain, tapi lebih kepada menghargai kekuatan yang ada di samping terus memperbaiki kelemahan diri.



Berapa ramai dalam kalangan orang kita yang lebih nampak kelemahan orang lain berbanding diri sendiri. Justeru ramai yang seolah-olah tidak mahu melihat kelebihan yang ada pada orang lain untuk dicontohi. Maka tidak hairanlah kita seolah-olah sudah berada dalam zon selesa. Tengok sajalah dari aspek kebersihan dan menepati waktu. Kenapa orang kita tidak mahu mencontohi masyarakat luar yang menekankan kedua-dua aspek ini dalam kehidupan mereka. Biarpun ada kepincangan lain dalam kehidupan mereka, tapi kelebihan ini wajar dijadikan contoh.

Saya tertarik dengan beberapa sebaran whatsapp yang diterima minggu ini. Mungkin ada kebaikan untuk difikirkan bersama. Terima kasih kepada sumber asal sebaran ini.


Nampak tak di sini...bukan semua yang berlaku itu selari dengan kehendak kita. Mungkin ada perkara yang terjadi itu telah mengguris perasaan kita, sama ada disedari atau tidak oleh pihak lain. Terima sajalah kerana ada kebaikannya juga. Membuat orang lain gembira juga satu kelebihan yang ada pada diri kita, biarpun dari satu sudut mungkin kita dianggap lemah kerana tidak menyuarakan isi hati yang sebenar.




Kehidupan berumahtangga banyak menuntut kesabaran,
kerana pasangan kita ada banyak kelebihan dan kekurangan diri.
Hidup saling melengkapi.




Saya sangat tertarik dengan kata-kata ini. Sebagai ibu bapa mahupun guru, harus kita menyedari bahawa anak-anak itu mempunyai kebolehan yang berbeza. Mungkin ada yang lemah dalam sesuatu perkara, tetapi hebat dalam hal lain. Justeru, penting untuk terus berusaha. Sesungguhnya, setiap orang itu memiliki kelebihan dan kekurangan diri. Terimalah seadanya!



1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.