expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 6, 2015

Anugerah Naib Canselor Diploma Sains Kuantitatif


Mendapat Anugerah Naib Canselor adalah sesuatu yang membanggakan. Tahniah kepada Fasihah binti Muhammed Najmudin yang menerima anugerah tersebut pada Istiadat Konvokesyen UITM baru-baru ini. Fasihah  yang mengambil Diploma Science Quantitative di UITM Machang dengan major dalam Calculus dan minor dalam Statistic telah mendapat CGPA 3.94. Anak ke-2 daripada 8 beradik ini juga merupakan bekas pelajar SMKA Melor, SPM 2010.




"Nak banyak perbaiki diri. Tak pernah terlambat untuk saya berubah. Tak pernah terlambat untuk saya jadi yang lebih baik. Yang penting terus berjalan." Itulah prinsip hidup Fasihah yang menjadi motivasi untuknya terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Baginya, "Yakin In sha Allah Berjaya!"



Fasihah bercita-cita ingin menjadi pengurus besar pusat tuisyen faham dan pintar Matematik yang ditubuhkan sendiri. Dia ingin membantu, merancang strategi dan meningkatkan minat dan faham pelajar kepada mata pelajaran Matematik Tambahan dan Matematik, dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Sesungguhnya itu adalah satu cita-cita murni dan wajar diberikan sokongan untuk menjadikannya satu kenyataan.



Fasihah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Semoga terus cemerlang dan menjadikan cita-cita anda satu realiti. Tahniah buat Fasihah dan semua ahli keluarga.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.