Friday, December 4, 2015

Kenapa pilih The Chicken Rice Shop?


Apa best sangat makan kat sini? Hmmm biasa-biasa saja. Cuma saya suka restoran yang bersih, kemas dan cantik. Pasal kesedapan makanan? Nak kata memenuhi citarasa saya, tak jugalah..tapi bolehlah.. makan masa lapar semua rasa sedap.Hehe.. Restoran The Chicken Rice Shop yang kami singgah ni tak tahulah cawangan yang ke berapa di Kelantan, tapi yang ni baru dibuka di G-Orange Mall, Tunjung, Kota Bharu. Masih baru.. semuanya baru!



Salah satu trade mark restoran ni ialah bekas letak sudu garfu berbentuk ayam. Nampak kreatif dan comel. Hiasan dindingnya dengan lukisan ayam juga nampak ceria. Ditambah pula deretan kerusi merah yang menyegarkan mata. Cuma dari segi keluasan dalaman restoran mungkin tak berapa nak luas kalau pelanggan penuh dalam satu-satu masa. Biasalahkan...



"A taste of togetherness" saya suka slogan ni! Sesuailah kalau bawa seisi keluarga untuk bersama-sama menikmati hidangan. Saya percaya ramai yang memilih restoran seumpama ini mahupun restoran makanan segera kerana kebersihan premis ini memang diutamakan. Tambah pula menu yang disediakan tu ada yang menepati citarasa masa kini! Soal harga, ada yang tak kisah asalkan  selesa dan ada privacy.


1 comment:

Aqilah Azmi said...

sebab sedap selesa and suka!!!! huhuhu