expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 18, 2016

Jangan Kedekut Memberi Pujian kepada Pelajar


"Papa, kat sekolah tadi cikgu kata kakak pandai lukis buah" dengan bersungguh Ardini beritahu saya sekembalinya dari sekolah petang tadi. "Yer ker? Baguslah!" Respon saya kepada kata-kata anak perempuan saya yang baru masuk tahun dua tu. Tak habis dengan saya, dia turut beritahu mummynya pula. Malam tadi dia ada tunjukkan lukisan tu kepada kami sekeluarga. 

Tengok...betapa besar peranan pujian daripada cikgu terhadap murid-murid. Cukup berbunga hati murid-murid apabila mendapat pujian daripada gurunya. Kalau betul lukisan tu cantik, apa salahnya berikan pujian. Kalau tak berapa cantik pun, sedikit pujian dalam hal-hal tertentu itu akan memberi suntikan motivasi kepada murid untuk terus menyiapkan lukisan mereka.

Saya rasa sekali-sekala murid-murid di sekolah rendah dan menengah patut diberikan pujian oleh guru-guru mereka. Pasti pelajar akan mengingati pujian tu sampai bila-bila. Apatah lagi kalau pujian tu disertakan dengan hadiah tertentu. Biarpun hadiah tu kecil dari segi nilai harganya, tapi cukup besar dan bermakna buat pelajar. Antara hadiah dan pujian, rasanya pujian lebih berkesan dan memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Mungkin ada sesetengah guru yang terlupa untuk memberikan pujian kepada anak-anak pelajar. Maklumlah, kesibukan dengan tugas dan pelbagai ragam pelajar. Tapi kalau kita nak wujudkan hubungan yang mesra dan baik dengan pelajar, jangan lupa untuk memberikan mereka pujian. Percayalah! pujian tersebut membuatkan anak-anak pelajar lebih berminat dengan subjek yang kita ajar. Cubalah! Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada anak-anak didik kita.


4 comments:

  1. harusss hehehee excited kut kalau cikgu compliment student TT_TT
    self esteem naik, motivate student and jd lagi positif gitu! :D

    ReplyDelete
  2. Assallammuallaikum CikGu..salam ukhuwah dari Indonesia.

    ReplyDelete
  3. anak sendiri pu jangan lupa diberikan pujian

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.