Monday, January 18, 2016

Giliran Pokok Belimbing Mengeluarkan Buah


Tetiba jer rasa nak tunjuk buah belimbing madu (betul ker madu? macam-macam pokok madu sekarang!). Inilah hasil terbaru pokok yang ditanam di halaman rumah. Pokok belimbing ni ditanam hampir 6 bulan. Macam tak percaya dah berbuah! Itupun baru perasan apabila tengok dekat. Maklum sajalah, buah dan daun nampak macam sama jer dari jauh.



Pokoknya pun tak adalah tinggi sangat. Paras paha orang dewasa saja. Batangnya pun kecil saja. Yang nampak besar dalam gambar tu, batang kayu buat penyokong pokok belimbing ni daripada tumbang. Hmmm seronok kan apabila pokok yang ditanam sudah berbuah. Betullah kata orang berbudi pada tanah ni tak rugi. Akan ada hasilnya!



Tak sabar pula nak tunggu buah belimbing ni besar dan boleh dipetik. Kira punya kira, ada 8 biji semuanya. Kalaulah semuanya menjadi....berbaloi juga tanam belimbing ni. Saya ni bukan tahu sangat pasal tanaman ni...lepas tanam, tunggu dan lihat jer. Haha...teruk betul kan!


5 comments:

ros nordin said...

Saya selalu makan belimbing madu sebab ayah saya tanam dan jual. buah belimbing madu ada bintik2 putih halus2 kat buahnya..^^ sedap manis.

ros nordin said...

pokok belimbing madu memang kecik2 dah berbuah. hehee..

Sop Nama Saya said...

wah. kalau belimbing madu mesti sedap punya tu

aizamia3 said...

Teringat masa kecik dulu dok kampung.. puas dapat makan belimbing.. ;)

aRz MoHa said...

sedap dapat makan buah belimbing...fresh pula tu