Wednesday, January 13, 2016

Anak Tekak tak boleh terima DimSum Janimaru


DimSum JaniMaru sudah popular di negara kita. Tidak terkecuali di Kelantan terdapat beberapa restoran sudah menyajikan makanan ini. Orang lain mungkin menyukai DimSum JaniMaru ini, tapi anak tekak saya macam tak boleh terima! tapi habis juga yang dioder tu! haha... citarasa memang tak sama. Sekali cuba, lepas ni tidak lagi. Oh ya, kami makan DimSum di Warung Haji Loh. Nama saja warung tapi restoran ni memang kemas dan selesa. Terletak berhampiran Ridel Hotel, Kota Bharu. 



Pelbagai menu ada di sini selain DimSum. Saya oder nasi goreng (USA kot?) macam dalam gambar kat atas tu. Haa...yang ni anak tekak saya boleh terima. Nak makan nasi juga la tu! Apa pun servis kat restoran ni memang bagus. Hari tu kami makan dah lewat, tak perasan pula masa kami masuk tu dah hampir waktu dah nak tutup kedai. Tapi mereka tunggu sampai kami habis makan. Huhu...terharu sungguh.



Meja nombor 7 tu semestinya. Maklumlah KM7 kan.Hehe.. Bagi yang meminati makanan DimSum ini bolehlah cuba ke sana. Harganya pun kira berpatutan la. Kami akan ke sana lagi suatu hari nanti untuk mencuba menu yang lain pula. 


5 comments:

Aqilah Azmi said...

ahaa dh lama gila tak mkn dimsum hihi.
thanks share :D

Normi Nieza said...

xpernah mkn dimsum..:)

Lea Ismail said...

sedapnya dimsum..lama dah tak makan

Diya Hanun said...

tak pernah mkn dimsum lagi..nak kena try nii..hehe

sukasukitulisblog said...

nmpk sedap je tu hihi