expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 21, 2016

Kenapa Perpustakaan Mesti Ceria?


Selangkah ke perpustakaan, macam-macam ilmu kita boleh dapat. Cantik tak perpustakaan dalam gambar kat atas tu? Perpustakaan kat sekolah saya bertugas ni. Dalam proses hias-menghias, tak siap lagi tu! Tak sabar-sabar nak ambil gambar dan kongsi dalam blog. Hehe.. Jangan marah yer..bagi semangat sikit... tahniah kepada guru penasihat dan pengawas PSS yang bertungkus-lumus menceriakan perpustakaan. 



Perpustakaan mesti cantik dan ceria supaya pengunjung tak jemu-jemu datang. Selain dapat membaca, perpustakaan juga boleh dijadikan tempat menenangkan diri. Haha...macamanalah tu! Pelajar mesti tahu ni... Saya sendiri pun dah lama tak menjejakkan kaki ke perpustakaan sekolah. Bukan apa...tak sempat nak ke sana. Opsss..silap beritahu kat sini...



Gunalah perpustakaan sebaiknya. Jangan rosakkan buku-buku mahupun hiasan dalamannya. Eh.. rajin pula nak beri nasihat..Tak apalah kan...tak jadi guru pusat sumber pun boleh juga nak beri sedikit nasihat kat anak-anak pelajar ni. Rajin-rajinlah membuat rujukan di perpustakaan.


3 comments:

  1. HARUSLAH CERIA so students tak ngantuk je huhhuhuhu.
    dah la hadap buku kan so biar semangat sikit nk membaca ha giteww hihi

    ReplyDelete
  2. Selain ceria, mampu menaikkan semangat anak murid untuk 'jatuh cinta' dengan perpustakaan.. ;)

    ReplyDelete
  3. kena lah ceria supaya diorang hari hari nak dtg, kalau xbaca buku pun diorang duduk tengok kekemasan. lama-lama adalah tabiat membaca tu,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.