Tuesday, February 23, 2016

Nasi Ayam Kampung Madu Telipot


Sedang mencari tempat makan untuk breakfast? Jom saya perkenalkan kedai makan Nasi Ayam Kampung Madu Telipot. Bagi anda yang tinggal sekitar Kota Bharu  rasanya memang dah biasa dengan tempat makan ni. Lokasinya senang jer, terletak di lorong antara pasaraya Billion dengan SMK Sultan Ismail. Saya pun baru pertama kali makan kat sini. Hehe.. Biasa lalu kat sini tapi tak perasan pula ada kedai makan nasi ayam kampung.



Tengok dari luar nampak biasa saja kedai makan ni. Tapi apabila dah masuk ke dalam, wah... ramai betul pelanggan sedang makan. Kebanyakan pengunjung datang secara berkeluarga mahupun berkumpulan. Simple saja kedai makan ni, seolah-olah makan di halaman rumah, atau tempat kenduri saja. Hehe...



Tengok tu... bersusun-susun kereta kat tepi jalan. Yang datang makan pun bukan sebarangan juga. Orang kata, tengok kereta la...  Saya rasa kedai makan ni ada tarikan tersendiri dari segi menu ayam kampung madu yang disediakan. Harga seketul ayam tu RM4. Manakala nasi free. Mana nak cari kedai sediakan nasi free ni? Haa kat sinilah tempatnya. Air pun murah jer. Contohnya teh o ais mahupun sirap ais cuma RM1 segelas.



Kalau dah makanan sedap, murah, dan layanan bagus tentulah pelanggan ramai yang datang. Jadi kepada yang berada di Kelantan khususnya Kota Bharu, bolehlah cuba breakfast dengan nasi ayam kampung madu kat sini. Silakan...


2 comments:

Normi Nieza said...

Nk kna g ni

Zamri Spoon said...

salam,
saya dah masukkan link blog anda
dlm blog saya
terima kasih kerana exchange link dengan blog saya ,Tuan boleh link blog tuan dalam blog saya http://zamrispoon.blogspot.my