Thursday, February 4, 2016

Pokok Bidara pun kami Tanam kat rumah


Pokok bidara ini ditanam tak sampai  setahun dah berbuah. Paling best pokok ni ditanam dekat jer dengan dapur rumah, senang boleh tengok hari-hari pembesarannya. Sekali tengok macam mini epal hijau. Hehe... Buah bidara ini dah boleh dipetik. Hmmm sedap rasanya. Fresh... segar dari ladang!



Saya pernah melihat dan merasa buah bidara yang dijeruk. Sedap juga! Tapi buah bidara kat rumah ni baru beberapa biji berbuah, tak sempat nak jeruk, habis dimakan begitu saja. Kalau merujuk blog-blog berkenaan buah bidara ini, ternyata banyak sekali kegunaan dan khasiat pokok ini sama ada pada buah, daun batang mahupun akar.



Buah bidara dalam gambar ni adalah buah  sulung. Harap-harap pokok ini akan terus mengeluarkan buah. Selain cantik, rasa buahnya juga sedap. Anak-anak ingatkan buah epal hijau yang bersaiz kecil. Hehe... Takpe lah nak.. epal pun epal lah... boleh petik di rumah sendiri!


2 comments:

Pokcik Blogger said...

tahniah dah berbuah tu... saya pun tanam juga tapi baru setahun. masih kecil lagi

akmalandwirahitamku said...

boleh dapat dari mana anak pokoknya?