Wednesday, April 6, 2016

Selipar Sekarang kurang Berkualiti


Bayangkan selipar yang dipakai tiba-tiba terputus atau rosak semasa berada di khalayak ramai. Ahh.. mesti kelam-kabut dibuatnya. Lebih malang apabila kedai menjual selipar tidak terdapat di sekitar lokasi tadi. Ataupun kedai selipar ada tapi duit pula tak ada. Huhu... Saya ingin berkongsi rasa tidak puas hati dengan kualiti selipar yang dibeli kepada 2 anak lelaki saya tempohari. Kedua-dua selipar tersebut dibeli di sebuah pasaraya terkemuka di bandar Kota Bharu. Harganya pun boleh tahan juga, RM 15 sepasang. Ingatkan selipar yang dibeli di pasaraya ni tahan lama, tapi sehari jer pakai dah putus!



Nak kata dipakai lasak, rasanya tidak. Dalam masa sehari dah boleh putus. Itupun masa kami sedang berjalan di KL Sentral baru-baru ini. Bayangkan punyalah susah nak pergi cari kedai selipar lain pada masa tu! Selipar si adiknya pula tercabut gam tepi sehari selepas itu semasa kami di Kuantan. Macam berjanji pula. Beli sama-sama dan rosak pun sama-sama. Teruk betul kualiti selipar sekarang. Belum puas dipakai dahpun rosak. Nampak jer cantik tapi tak tahan lama.



Kedua-dua pasang selipar tu kami bawa balik juga sebagai kenangan. Hehe...tersadai dalam bakul kat tangga rumah. Nak baiki pun macam tak layak! Biarlah kat situ sehingga tiba masanya untuk dibuang. Pesanan kepada pereka dan pembuat selipar, jangan fokus kepada rekabentuk saja tapi beri keutamaan juga dari segi ketahanan selipar. Sekali terkena, kami tidak akan membeli jenama yang sama lagi pada masa akan datang.


3 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

begitulah nampaknya

aizamia3 said...

Betul.. kualiti kasut sekarang tak macam dulu.. cepat je rosak.

sukasukitulisblog said...

beli asadi ler..murah tp tahan lasak