Sunday, June 26, 2016

Ayam Pusing Istimewa di bulan Ramadan


Sudah ada menu untuk berbuka petang ini? Mohon jangan menitis air liur melihat gambar di atas. Huhu... Itu namanya ayam pusing, atau boleh saja dinamakan ayam golek. Memang sedap kalau cukup syaratnya. Apa syaratnya? Paling penting rempah ratus yang cukup untuk memerap ayam tersebut, begitu juga api yang digunakan untuk membakarnya biarlah sesuai agar ayam pusing tu masak serata. Sebab dinamakan ayam pusing, ayam ini dimasak dengan memusing-musingkannya di atas bara api. Tidak perlu guna tangan, ada generator yang akan menggerakkan besi-besi tersebut.



Ayam pusing sangat popular terutamanya dalam bulan puasa terutamanya di Kelantan. Tempat lain saya tidak pasti sama ada ayam pusing ini dijual sepanjang Ramadan. Harga bagi seekor ayam pusing bergantung kepada saiznya. Ayam pusing dalam gambar di atas dijual pada harga RM 22 seekor. sesetengah tempat, boleh juga dibeli dengan harga RM 18 seekor. 




Tadaaaa... inilah rupanya ayam pusing yang siap dihidang untuk dimakan. Sesuai dimakan sekeluarga dengan sos yang disediakan dengan setiap pembelian ayam pusing. Boleh juga kalau ada yang ingin makan bersama nasi putih. Kalau saya, tak perlu nasi, ayam saja dah cukup! Haha... Tak sabar nak tunggu waktu berbuka!



3 comments:

Aqilah Azmi said...

sedapnya ayam pusing t_t

Abe nick said...

wahh sedapnya

Adinda Baizura Mazlan said...

Alamak dah terliur hahahahaha :)