expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 22, 2016

Karya Kufi @ Kufi Store Kota Bharu


Saya pernah melihat corak khat tersebut, cuma tidak mengetahui yang seni khat ini namanya Kufi. Kali ini saya berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi karya kufi di Kufi Store Kota Bharu yang baru dibuka pada Januari 2016. Pelbagai karya yang cantik dan sesuai untuk hiasan dinding rumah, pejabat, masjid, restoran mahupun hotel. Boleh juga dijadikan hadiah ulang tahun, persaraan, perkahwinan, pertunangan dan cenderahati bagi sesuatu majlis rasmi. Kufi Store Kota Bharu ini terletak bersebelahan dengan Tesco Kota Bharu.






Antara karya Kufi yang terdapat di sini ialah Basmalah, Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Ayat 1000 dinar, 4 Qul, Asma Ul Husna, Dzikir & Doa, Kufiname dan Kufilogo. Selain hiasan dinding, produk lain yang ditawarkan seperti Kufishirt, Kufimerchandise, Kufidecor, Kufisticker, Kufigift, Kuficonsult, Kufidesign dan Kuficlass. Pendek kata, macam-macam ada.



Sempena raya tahun ni, bolehlah hiaskan dinding rumah dengan Kufi yang pelbagai corak ini. Kalau ada yang berminat, bolehlah pergi sendiri ke Kufi Store Kota Bharu, bersebelahan Tesco, Anda juga boleh menghubungi Kufi Store di talian 09-7421781 atau 017-8888431. Semoga perkongsian ini bermanfaat.




1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.