Monday, July 4, 2016

Gene Martino: Pilihan Baju Raya 2016


Sana-sini sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Masing-masing dengan 'mood' raya. Untuk memeriahkan lagi suasana, saya buat entri khas pasal baju raya kami tahun 2016 ini. Sekali lagi kami memilih jenama Gene Martino. Sebelum ini saya dan anak lelaki sahaja memakai jenama Gene Martino, tapi untuk tahun 2016 ini kami sekeluarga memakai jenama yang sama. Dengan kata lain, sedondon satu keluarga dari segi warna, kain dan corak. Bak kata Gene Martino, Keluarga Sedondon, Keluarga Bahagia!



Untuk membeli baju raya jenama Gene Martino ini bukanlah susah sangat. Di Kota Bharu ini saja ada 3 cawangan kedainya. Kalau saiz atau warna sudah habis di satu cawangan kedai, kita boleh tempah dan ambil di cawangan lain. 



Cantik juga 'paper bag' Gene Martino tahun ini. Nampak meriah dan menarik. Ada 2 saiz, besar dan sederhana. Bolehlah dibawa berhari raya nanti.




Inipun menarik perhatian saya. Sampul duit raya juga diberi percuma. Nampak sepadan sampul duit raya dengan 'paper bag' tadi. Siapa yang bertuah nanti dapatlah sampul itu yer! Sebelum diberi kepada kanak-kanak, baik saya simpan dulu buat koleksi. Haha... 




Ada lagi yang 'best', dapat cenderahati LunchBox yang comel. Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Bagusnya kalau setiap kali kita membeli-belah dapat cenderahati macam ini kan! Bolehlah dibuat koleksi istimewa.




Ada sesiapa yang sedondon dengan kami di hari raya nanti? Opss.. warna baju raya kami, rahsia lagi yer! Tunggu entri sambutan hari raya nanti, kami akan gayakannya. Haha.. Apapun marilah kita sama-sama meriahkan hari raya dengan saling ziarah-menziarahi. Berhati-hati di jalan raya.



No comments: