expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 20, 2016

Berskuter Kayu di Banaue Philippines


Jom berkongsi rancangan tv kegemaran saya, GO ASEAN di channel 737 Astro iaitu rancangan Go Fast or Go Home. Kali ini kita saksikan skuter daripada kayu di Banaue, Filipina. Sungguh kreatif mereka mencipta skuter yang boleh dipandu tanpa menggunakan petrol. Skuter yang dicipta terdiri daripada pelbagai model haiwan seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain. Kegunaan skuter ini lebih kepada aktiviti tarikan pelancong, bukannya untuk kegunaan untuk ke tempat kerja. Jom saksikan foto yang sempat dirakam melalui kaca tv di rumah!











Berskuter di selekoh  di kawasan lereng bukit sangat mencabar dan menguji kebolehan seseorang itu mengawal skuternya. Apatah lagi kalau diadakan pertandingan melibatkan beberapa buah skuter. Jangan bimbang, skuter ini ada brek di kaki, boleh digunakan sewaktu kecemasan.





Selain berfokus kepada skuter, rancangan ini juga memaparkan serba sedikit budaya masayarakat setempat. Saya rasa ia sangat berguna dan memberi informasi kepada semua penonton. Tahniah Astro kerana menyiarkan rancangan sebegini untuk tatapan umum.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.