expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 24, 2016

Jom Main Air di Marina Water Park, Kelantan



Satu lagi tarikan di Kota Bharu Kelantan ialah Marina Water Park. Lokasinya yang strategik terletak di tepi jalan utama dari bandar Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh, memudahkan pengunjung untuk ke sini. Biarpun tidak setanding Gambang Water Park, Bukit Merah Water Park dan lain-lain Water Park di negara kita, ia cukup bermakna terutamanya bagi kanak-kanak yang ingin bermain air di sekitar Kota Bharu ini. Jadi ibu bapa tidak perlu menghabiskan masa untuk perjalanan jauh ke tempat-tempat lain kalau sekadar ingin bermain air.



Bayaran masuk di Marina Water Park ialah RM 10 bagi dewasa manakala RM 8 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Tempat ini dibuka bermula 2.30 petang hingga 7.00 malam. Sila patuhi garis panduan berpakaian ketika berada di kolam renang.



Anak-anak memang suka dapat bermain air,
dan mencuba beberapa gelungsur angin dengan ketinggian yang berbeza.







Gerai jualan makanan dan minuman 
juga terdapat dalam kawasan ini.



Tempat rehat di bawah khemah disediakan untuk ibu bapa dan penjaga
menunggu anak-anak bermain air.
Wakaf  berbayar juga turut disediakan.




Kepada yang berminat dan berkelapangan
bolehlah singgah di sini.


5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.