Tuesday, December 20, 2016

Padel Boat @ Pusat Rekreasi Pantai Sri 7


Sekian lama tidak ke Pantai Sri Tujuh, kali ini saya ke sana, bawa anak-anak. Pada awalnya kami hanya ingin meninjau keadaan pantai, dengan kata lain, jalan-jalan tengok pantai. Maklumlah keadaan cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Nampak padel boat dekat Pusat Rekreasi Pantai Sri 7, anak-anak apalagi... nak naik benda tu! Kebetulan cuaca pada masa tersebut mendung saja, jadi kami pun mencuba padel boat ini.


Kayuh jangan tak kayuh



Kadar bayaran yang dikenakan untuk tempoh masa 20 minit. Rasanya tidaklah mahal berbanding pengalaman dan keseronokan untuk anak-anak. Bukan selalu pun. Hehe...















Kepada anda yang berkunjung ke Pantai Sri 7 jangan ketinggalan untuk mencuba padel boat ini. Oh ya bagi mereka yang berada di luar Kelantan yang ingin ke sini, senang saja, tempat ini berhampiran dengan MRSM Tumpat. Penat berkayuh, boleh makan-makan di kedai makan yang banyak di Pantai Sri 7. Anda juga boleh saja shopping di Pengkalan Kubur, kira-kira 20 minit dari sini. Pergilah melancong!


No comments: