Thursday, January 5, 2017

'Goreng Pisang' Crispy GPC mula mendapat Sambutan


Goreng pisang atau pisang goreng? Selalu menjadi persoalan dari segi penggunaan yang tepat dan betul. Saya lebih suka menggunakan istilah pisang goreng. Apapun, entri kali ini bukan untuk belajar tatabahasa, sebab nama Goreng Pisang Crispy (GPC) itu menjadi 'trade mark' sendiri.  Kalau dulu-dulu, kebanyakan mereka yang menjual pisang goreng ini terdiri daripada warga tua dengan resepi tersendiri. Sekarang, pisang goreng mula dijual oleh golongan muda dengan beberapa pembaharuan selari dengan peredaran masa. Tengok saja 'bunting' merah kuning yang digantung dengan perkataan 'crispy' dan 'cheese' sudah cukup membuat air liur meleleh. Hehe..



Memang sedap dan rangup, pisang goreng yang diselaputi cheese dan cokelat ini. Apatah lagi kalau dimakan ketika masih panas dan perut tengah lapar! Harga satu bekas pisang goreng seperti dalam gambar di atas ialah RM5.



Selain pisang goreng, gerai ini juga ada menjual ubi dan keropok lekor goreng yang disalut dengan tepung. Memang rangup!



Anak-anak memang sukalah kalau dapat makan apa sahaja yang diselaputi cokelat mahupun cheese. Orang dewasa pun tidak terkecuali, mencuba kelainan resepi pisang goreng ini. Saya dah beberapa kali mencuba, cuma akhir-akhir ini saya dapati cokelat dan cheese yang ditabur di atas pisang goreng itu semakin sedikit kuantitinya. Mungkin untuk mengurangkan kos kot... Hmmm kepada penggemar pisang goreng, cubalah sendiri untuk menikmati keenakannya!


2 comments:

shameel Iskandar said...

Salam kunjungan KM7.
Benar sekali merata tempat ada jual goreng pisang crispy sekarang ini.anak2 muda yang menjualnya tak spt goreng pisang biasa yang dimonopoli golongan tua

Shahida Dzulkafli said...

Pergh!! Memang bestlah makan dipetang hari..