expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, February 4, 2017

Jom tengok Penyu di Cherating Pahang


Jom kita tengok penyu. Kali ini bukan di Rantau Abang, tapi di Cherating, Pahang. Saya bawakan anda ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating, Pahang. Satu tempat yang mesti ada dalam jadual lawatan masing-masing sekiranya berada di Cherating. Apa yang menariknya di sini?



Kita dapat melihat anak-anak penyu yang baru menetas sehinggalah besar. Selain melihat penyu hidup, pengunjung juga boleh mendapat banyak informasi tentang penyu melalui koleksi bahan yang dipamerkan di sini. Masuk ke sini percuma, tapi ada disediakan tabung di pintu masuk, untuk sumbangan bagi segala aktiviti menyelamatkan penyu di negara ini. Jangan lupa untuk memberi sumbangan!



Bawalah anak-anak untuk melihat penyu dari jarak yang dekat.
Ia juga boleh memberi kesedaran kepada generasi muda
tentang kepentingan menjaga spesies penyu daripada terancam.



Awas... jangan cuba-cuba menyentuh penyu yer!



Penyu menangis siapa yang tahu?


2 comments:

  1. Sebuah pengalaman yang menarik. Saya tak pernah lagi tengok penyu apatah lagi penyu yang sedang bertelur. Cuma makan telur penyu memang pernahlah

    ReplyDelete
  2. Ohhh baru tahu ni. Nanti kalau saya ke Pantai Timur nak singgahlah.

    Blog House Husband - Kerja Dari Rumah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.