Saturday, March 11, 2017

Makaroni Bakar Dirgahayu


Alahai sedapnya makaroni bakar, sesedap namanya, juga sesedap lagu Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. "Kuberikan segalanya...semua dan sesungguhnya...cinta dirgahayu...Kuterima segalanya" Kiranya nama makaroni bakar Dirgahayu tu diambil sempena judul lagu tersebutlah. Haha maklumlah, sambil makan sambil dengar lagu Dirgahayu... Biar apapun nama yang diberikan, makaroni ni tetap istimewa sebab disediakan oleh puan isteri dan anak-anak. Itulah seronoknya apabila tiba cuti hujung minggu, dapat sama-sama ke dapur menyediakan makan pagi atau makan tengah hari. Best lagi, sama-sama makan.


Bahan-bahannya boleh tahan juga, boleh dibeli di mana-mana pasaraya. Pastikan pilih yang halal. Nak bagi resepi lengkap, saya tak pasti pula. Cuma boleh berkongsi gambar-gambar proses penyediaannya,



Campur-campurkan semuanya.... panaskan dalam kuali





Dah siap, boleh angkat.... kena gaulkan lagi dengan bahan-bahan lain pula



Dah boleh dibakar... siap masak dalam 2- 3 minit sahaja



Jom makan... boleh cuba sendiri yer!


1 comment:

munirah mansor said...

Wah mudah je resepinya. Hanya perlu campak-campak