expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 5, 2017

Kelebihan Menghasilkan Sendiri Photobook


Sudah lama saya mengimpikan untuk menghasilkan dan memiliki photobook sendiri. Alhamdulillah, sudah menjadi kenyataan. Itulah hasilnya, kulit depan dan belakang photobook pertama saya. Sebelum ini kita hanya mendengar photobook dihasilkan untuk album perkahwinan yang disediakan oleh kedai-kedai gambar sahaja, tapi sekarang sesiapa pun boleh design isi kandungan photobook sendiri. Mudah sahaja, pilih gambar, buat sedikit editan, kemudian hantarkan kepada photobook worldwide. Dalam masa seminggu photobook akan sampai ke tangan kita.



Paling best, semua secara online. Bermula dengan membuat editan foto, mengisi foto pilihan dalam kerangka photobook yang disediakan, sehinggalah membuat pembayaran dan penghantaran projek yang disiapkan itu. Jadi kita mesti ada sambungan internet yang laju jugalah untuk memudahkan gambar dimuatnaik. Semua makluman daripada photobook dihantar secara e-mail. Seronok kan.. Kita bebas mengedit foto mengikut kreativiti dan keinginan sendiri. Perkhidmatan yang disediakan memang cekap dan boleh dipuji. Cepat sungguh! Cuma proses editan mungkin mengambil masa, bergantung kepada kita sendiri. Kalau nakkan photobook itu cantik dan kemas, kena buat dengan teliti kerana apa yang kita hasilkan itulah yang akan dicetak. Tidak ada sebarang proses editan lagi oleh pihak photobook worldwide.


Antara beberapa paparan dalam photobook saya.


Untuk menghasilkan gambar yang baik, kalau boleh gunalah kamera yang canggih sikit yer! Haha.. Saya cuma guna kamera handphone saja. Semua gambar dalam photobook saya menggunakan kamera handphone Sony Xperia Z1 dan Huawei P9. Boleh tahan juga gambar yang dihasilkan itu. Susun atur dan letakan gambar boleh guna kreativiti sendiri. Kalau malas nak fikir pasal susun atur, pilih saja kerangka photobook yang ready made



Ada beberapa saiz yang ditawarkan. Paling kecil 6'X6'. Photobook saya tu 11'X 11' large square imagewrap Hardcover. Anda boleh pilih saiz dan bilangan muka surat. Harga pun berbeza mengikut saiz, muka surat dan jenis kertas yang disediakan. Oh ya, photobook saya tu harganya RM 150 untuk 40 muka surat dan kertas Lustre Paper. Kalau nak tambah aksesori dan muka surat  pun boleh, tapi harga pun bertambahlah yer!  RM 150 itu selepas diskaun, kerana saya buat tempahan semasa promosi. Harga biasa RM 269. Kena rajin-rajin check website photobook untuk mendapatkan diskaun semasa promosi.















Memang seronok dan berbaloi. Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang photobook dan produk-produk lain yang ditawarkan boleh saja ke sini [KLIK SINI]. Alami sendiri keseronokan menghasilkan photobook anda sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.