expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, April 9, 2017

Mug Kung Fu Panda 3 yang Comel


Comel tak koleksi mug terbaharu saya? Hehe.. Rasanya ini mug hadiah percuma kalau beli ubat gigi Darlie sebab ada nama Darlie pada mug ini. Habis tu macamana saya dapat mug ni kalau tak beli ubat gigi Darlie? Hmmm biarlah rahsia.. apa yang penting lukisan kartun Kung Fu Panda 3 ini memang comel.  Bagi peminat dan pengumpul mug, jangan lepaskan peluang untuk membuat koleksi, atau kedua-dua mug ni dah lama dalam koleksi anda.



Saya bukan pengumpul tegar mug. Cuma sesekali apabila berkenan dan kebetulan terjumpa, bolehlah simpan buat koleksi. Itupun simpan kat atas meja tulis, buat tempat simpan alat tulis. Haha... salah guna ker ni?



Harap-harap koleksi ini tidak pecah. Maklum  sajalah... silap-silap haribulan menjadi hakmilik anak-anak dek tertarik dengan gambar panda tu!



Ok... semoga menjadi inspirasi dan selamat mengumpul koleksi..


1 comment:

  1. Tahun 2017 ni baru sekali beli mug, koleksi kit kat.. kira sebagai hadiah besday jugaklah awal tahun baru2 ni.. hahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.