Friday, May 19, 2017

Sawah Padi dan Pakaian Tradisional sempena Hari Guru 2017


Bagaikan berada di sebuah perkampungan Melayu, dengan sawah padi menghijau ditambah pula dengan pakaian tradisional Melayu. Inilah tema sambutan hari guru di SMKAM bagi tahun 2017. Cikgu-cikgu yang sporting memakai pakaian mengikut tema. Ada yang sanggup menyewa pakaian pengantin! Jangan ke tempat lain sudahlah yer! Tahniah PERTIMA 2017 yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan hari guru kali ini. Jom kita tengok koleksi gambar kenangan sepanjang sambutan tersebut.


Dimulakan dengan acara sukaneka selepas breakfast



 Main jangan tak main.... sambil gelakkan orang lain dan diri sendiri. Haha..



Cantik tak saya....mungkin itu yang ingin dikatakan...



Macam-macam gaya dan aksi





Sepanjang laluan ke pentas utama dihiasi hamparan jambatan kayu di atas air laut
dan belon-belon.





Antara persembahan yang disajikan kepada penonton







Terima kasih dan tahniah PERTIMA 2017





Secara peribadi, saya merakamkan tahniah kepada PERTIMA 2017 atas background pentas yang cantik ini. Tak perlu ke studio untuk bergambar kenangan. Hehe... Semoga berjumpa lagi dengan tema sambutan yang lain pula pada 2018 nanti!


No comments: