expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 5, 2017

Konsep SATU Ahmad Faiz pelajar Kelainan Upaya (OKU)


Konsep SATU yang diamalkan oleh Ahmad Faiz b Ibrahim, pelajar Kelainan Upaya (OKU) kategori Palsi Serebrum, ternyata membuahkan hasil. Beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik STAM 2016 Kelantan yang mendapat 10 mumtaz (cemerlang). SATU yang dimaksudkan ialah SA- Sedia Awal iaitu membuat persediaan awal tentang sesuatu topik yang akan diajar oleh guru, sebelum mengikuti pembelajaran dalam kelas. T- Tumpuan iaitu memberi tumpuan atau fokus semasa guru sedang mengajar, tanpa mengalihkan tumpuan kepada perkara lain. U- Ulangkaji iaitu membuat ulangkaji terhadap pelajaran yang dipelajari.



Ahmad Faiz yang berkongsi kejayaan beliau dengan semua pelajar SMKAM di dewan Al Ghazali baru-baru ini ternyata menjadi inspirasi kepada calon-calon yang akan menduduki PT3 dan SPM 2017. "Setiap kejayaan bermula dengan kesusahan dan memerlukan usaha" ujar pelajar istimewa yang tabah ini. Biarpun menulis dengan bantuan dagu dan mulut, beliau mampu memperoleh kejayaan cemerlang bahkan lebih hebat daripada rakan-rakan yang normal. 



Bekas pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali ini juga mengingatkan kepada semua pelajar bahawa setiap pelajar perlu menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia khususnya ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Mereka patut bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk belajar, kesempurnaan fizikal dan mempunyai ibu bapa yang sanggup berkorban demi kejayaan anak-anak.



Ahmad Faiz berharap akan dapat menyambung pelajarannya di Madinah sehingga ke peringkat pHD dan menjadi pakar dalam bidang Usuluddin. 



Kami mendoakan semoga cita-citanya akan menjadi kenyataan, 
seterusnya menjadi inspirasi dan ikon kepada semua pelajar untuk berusaha dan 
berjaya dalam pelajaran masing-masing. Selamat berjaya!



2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.