expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 20, 2017

Rumah Shafei Menjuarai acara Perbarisan 2017


Tahniah kepada pasukan perbarisan rumah Shafie kerana telah menjuarai pertandingan perbarisan sempena Kejohanan Balapan dan Padang 2017. Naib Johan pasukan perbarisan rumah Maliki, Ketiga rumah Hanafi dan Keempat rumah Hambali. Semua pasukan perbarisan telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan rumah masing-masing.Tema perbarisan kali ini ialah pahlawan Melayu Tradisional.















Menariknya juga kali ini, diadakan kategori maskot tercantik. Keputusan maskot tercantik, Johan maskot ayam dari rumah Maliki. Kedua maskot gajah dari rumah Hanafi, Ketiga maskot harimau dari rumah Hambali dan Keempat maskot pelanduk dari rumah Shafie. Sungguh kreatif mereka mencipta maskot untuk menarik perhatian juri dan penonton. Biarpun terpaksa berbaris dalam panas matahari,, Alhamdulillah semua berjalan lancar.









Keputusan rasmi bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan sempena Kejohanan Balapan dan Padang edisi ke-12 ini ialah Johan-Rumah Hambali (259 mata), Naib Johan-Rumah Shafie (247 mata), Ketiga-Rumah Maliki 211 mata) dan Keempat-Rumah Hanafi (189 mata). Olahragawan - Afiq Zahari (Hanafi) dan Olahragawati - Amni Balqis (Hambali). Tahniah kepada semua atas kerjasama dan komitmen menjayakan kejohanan kali ini.


1 comment:

  1. rindunya zaman sekolah. suka hari sukan tapi taksuka latihan rumah sukan hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.