expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 20, 2018

Taman Herba Tasik Kenyir


Kalau berkunjung ke Tasik Kenyir, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke salah sebuah pulau berdekatan yang menempatkan Taman Herba Tasik Kenyir. Untuk ke sini pengunjung perlu menaiki bot dari jeti Pengkalan Gawi. Biasanya pengusaha bot menyediakan pakej ke sini dan air terjun Saok dengan harga RM 150 untuk perjalanan pergi balik. Dekat saja dari  jeti Pengkalan Gawi, kira-kira 15-20 minit. Apa ada di Taman Herba Tasik Kenyir?





Pengunjung boleh menikmati kehijauan flora di sini, dengan keindahan persekitaran tasik. Sungguh mendamaikan. Sebahagian daripada lebih kurang 1200 spesis yang direkodkan mempunyai nilai perubatan yang penting di Malaysia ada di sini. Satu bentuk ubatan herba tradisional yang digunakan oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di Malaysia.



Kita boleh melihat  tumbuh-tumbuhan herba yang terdapat di sini. Luangkan masa untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tumbuhan herba ini.



Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri minuman herba yang disediakan. Ianya percuma untuk pengunjung. Tapi awas... rasanya mungkin agak kelat.. hehe.. maklumlah, produk segar dari ladang.















Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.