expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 28, 2018

Gotong-royong untuk Memasak Bubur Asyura @ SMKAM


Makan bubur asyura memang sedap. Tapi untuk membuatnya, bukan mudah. Bermula dengan proses penyediaan bahan, diikuti mengacau sehinggalah masak, mengambil masa berjam-jam lamanya. Kali ini saya kongsikan aktiviti membuat asyura di SMKA Melor secara gotong -royong antara warganya. Semasa entri ini ditulis, bubur asyura tersebut belum dikacau dalam kawah lagi . Mengikut jadual, acara mengacau bubur asyura ini akan bermula pada jam 4.00 pagi nanti.

Saturday, September 15, 2018

Roti Titab @ Kopitiam Kita di Kota Bharu


Tidak lengkap rasanya kalau ke Kelantan, khasnya Kota Bharu kalau tidak singgah untuk bersarapan di sini. Kopitiam Kita sudah lama terkenal di Kelantan, mungkin juga di seluruh negara. Menu popularnya ialah roti titab. Rupanya macam dalam gambar di atas. Wah.. sedapnya!

Friday, September 7, 2018

Manfaat Buah Belimbing Madu


Alhamdulillah pokok belimbing madu 
yang ditanam di halaman rumah sudahpun berbuah.
Hampir dua tahun ditanam, bolehlah dipetik hasil.
Bukan tanam banyak pun, cuma sepohon saja.Hehe..

Tuesday, September 4, 2018

Rawatan Rendaman Kaki Aura Terapi


Pertama kali saya mencuba rawatan rendaman kaki tradisional aura terapi, terasa kelainannya. Sejuk menyucuk di tapak kaki dan tangan semasa rawatan, berakhir dengan kelegaan pada tubuh badan. Kaedah rawatannya mudah sahaja. Tapak kaki dan tapak tangan direndam dengan air yang berisi ais dan dicampur dengan garam gunung Sarawak. Tempoh masa rendaman antara 20 hingga 30 minit. Jom cuba.

Monday, September 3, 2018

Piramid Makanan Malaysia


Kreatif juga bentuk piramid makanan ini. Biasa kita lihat piramid makanan dalam bentuk poster, tapi kali ini piramid yang bukan sahaja boleh dilihat tapi boleh disentuh. Saya rakam gambar ini di meja kantin sekolah. Sambil makan bolehlah kenal pasti sama ada makanan yang dimakan itu mengikut saranan piramid makanan atau tidak. Jom layan...

Sunday, September 2, 2018

Pelbagai lauk di Restoran Syakila, Kota Bharu


Sedang tercari-cari tempat untuk makan tengah hari di Kota Bharu? Saya ada jawapannya. Sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu istimewa. Restoran Syakila, berdekatan trafic light Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. Kalau dilihat dari luar, restoran ini nampak biasa-biasa saja. Sebaik melangkah ke dalam, wah... banyak betul menu untuk nasi campur. Makanan pencuci mulut pun banyak pilihan. Jom layan...