expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 28, 2018

Gotong-royong untuk Memasak Bubur Asyura @ SMKAM


Makan bubur asyura memang sedap. Tapi untuk membuatnya, bukan mudah. Bermula dengan proses penyediaan bahan, diikuti mengacau sehinggalah masak, mengambil masa berjam-jam lamanya. Kali ini saya kongsikan aktiviti membuat asyura di SMKA Melor secara gotong -royong antara warganya. Semasa entri ini ditulis, bubur asyura tersebut belum dikacau dalam kawah lagi . Mengikut jadual, acara mengacau bubur asyura ini akan bermula pada jam 4.00 pagi nanti.



Abe Soh.. orang kuat merangkap ketua juru masak bubur asyura



Warga guru perempuan dan staf sekolah tekun menyediakan bahan untuk asyura



Anak-anak pelajar asrama gigih membantu



Hjh Naizan (Kak Zae)... pengarah projek asyura 



Sambil bekerja, sempat lagi berswafoto



 Rajin betul anak-anak ini menolong apa yang patut



Macam-macam gaya ada. Tak lengkap kalau tak 'posing'



Sebahagian daripada warga SMKAM yang sama-sama
bergotong-royong petang tadi.


Kita tunggu acara berikutnya, proses mengacau bubur asyura yang akan dilakukan oleh guru-guru lelaki pula. Jangan lupa datang ke sekolah jam 4.00 pagi nanti. Mungkin ada yang tertidur di depan kawah pula! Hehe.. 


2 comments:

  1. Assalamualaikum KM7. Best juga Mallis Bubur Asyura ni. kat Bachok PPD Bachok anjurkan Majlis Bubur Asyura di PPD. Setiap sekolah di Bachok akan menyertainya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.