expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 7, 2018

Manfaat Buah Belimbing Madu


Alhamdulillah pokok belimbing madu 
yang ditanam di halaman rumah sudahpun berbuah.
Hampir dua tahun ditanam, bolehlah dipetik hasil.
Bukan tanam banyak pun, cuma sepohon saja.Hehe..



Seronok kan tengok pokok yang ditanam
berbuah dan membesar di depan mata, dan boleh dipetik sendiri.
Senang juga tanam pokok belimbing madu ni.
Penjagaan yang minima saja.


Buah belimbing ini boleh dimakan dengan pelbagai cara.
Makan begitu sahaja pun sedap.
Terutamanya yang dibiarkan masak kuning di pokok,
rasanya manis dan sedap.
Kalau rajin, boleh dibuat jus, kordial, jem, jeli mahupun
sebagai pencuci mulut.



Dikatakan buah belimbing madu ini banyak khasiatnya,

1. Rasa kenyang lebih lama (vitamin C, air serat)
2. Menyegarkan kulit (vitamin E)
3. Mengawal serangan radikal bebas
4. Melancarkan pembuangan air besar
5. Mencegah barah
6. Kesihatan mata
7. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
8. Pembentukan hemoglobin (hb) sel darah merah

Jadi apa tunggu lagi, jom makan buah belimbing madu.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.