Tuesday, October 23, 2018

Hitam, Putih dan Kelabu di Restoran Ad Adrieana


Pertama kali memasuki Restoran Ad Adrieana ini, saya sudah tertarik dengan kombinasi warna dalamannya. 3 warna utama, kelabu, hitam dan putih sudah cukup menimbulkan aura elegan dan moden. Restoran yang baharu beroperasi ini terletak di bandar satelit Islam, Pasir Tumboh. Tidak dinafikan, selain menu yang sedap, harga berpatutan, pemilihan warna, hiasan dalaman dan susun atur dalam restoran juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan,



Saya fokuskan kepada pemilihan warna yang nampak ekslusif di restoran ini. Biarpun ruang dalaman yang sederhana, tapi kalau kena pilihan warna dan susun atur, pasti boleh tampil menyerlah. Cuma gantungan beberapa keping menu minuman 3 in 1 itu sedikit mengganggu pemandangan saya. Hehe...



Antara menu yang popular....
Nasi kukus dan kari ikan.



Semangat betul makan... ulam-ulaman





Semoga kebersihan dan keceriaan terus dijaga untuk keselesaan pelanggan.


5 comments:

Normi Nieza said...

bersih & kemas..:)

Etuza Etuza said...

Salam singgah ..menarik juga tempat tu tuan

mamapp said...

wah sedapnya.. lagi pula makan dgn ulam2 mmg naik selera

Etuza Etuza said...

Terbaik restoran ini..pasti ramai pelanggan..kemas bersih ..lauk pun sedap tu

Adinda Baizura Mazlan said...

Kedai makan kat Kelantan memang bersih dan kemas. Kadang tu tak rasa masuk kedai makan. Rasa macam masuk rumah. Hehehee