expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 23, 2018

Hitam, Putih dan Kelabu di Restoran Ad Adrieana


Pertama kali memasuki Restoran Ad Adrieana ini, saya sudah tertarik dengan kombinasi warna dalamannya. 3 warna utama, kelabu, hitam dan putih sudah cukup menimbulkan aura elegan dan moden. Restoran yang baharu beroperasi ini terletak di bandar satelit Islam, Pasir Tumboh. Tidak dinafikan, selain menu yang sedap, harga berpatutan, pemilihan warna, hiasan dalaman dan susun atur dalam restoran juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan,



Saya fokuskan kepada pemilihan warna yang nampak ekslusif di restoran ini. Biarpun ruang dalaman yang sederhana, tapi kalau kena pilihan warna dan susun atur, pasti boleh tampil menyerlah. Cuma gantungan beberapa keping menu minuman 3 in 1 itu sedikit mengganggu pemandangan saya. Hehe...



Antara menu yang popular....
Nasi kukus dan kari ikan.



Semangat betul makan... ulam-ulaman





Semoga kebersihan dan keceriaan terus dijaga untuk keselesaan pelanggan.


5 comments:

  1. Salam singgah ..menarik juga tempat tu tuan

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya.. lagi pula makan dgn ulam2 mmg naik selera

    ReplyDelete
  3. Terbaik restoran ini..pasti ramai pelanggan..kemas bersih ..lauk pun sedap tu

    ReplyDelete
  4. Kedai makan kat Kelantan memang bersih dan kemas. Kadang tu tak rasa masuk kedai makan. Rasa macam masuk rumah. Hehehee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.