Wednesday, December 25, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Bermula Sebuah Perjalanan


Cuti sekolah akhir tahun 2019 kali ini kami memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur. Sebenarnya sudah lama kami tidak ke sana. Pergi ni pun kira last minute punya plan. Kalau plan awal, kot2 tak jadi nanti frust pula anak2. Hehe.. Kami bertolak pada 13 Disember iaitu pagi Jumaat. Lucu pula, pagi2 hari Jumaat tu saya ke UTC Kota Bharu terlebih dahulu untuk renew lesen memandu. Haha.. Tak perasan lesen dah lama mati. Maka pukul 10 pagi baru bertolak, setelah singgah di beberapa tempat untuk selesaikan beberapa hal. 




Ini kat Dataran Peladang, Kuala Krai. Singgah makan nasi ayam untuk breakfast la konon. Padahal dah hampir tengahari. Sedaplah juga nasi ayam kat sini. Mungkin perut tengah lapar! 



Singgah lagi.. Biasalah kalau berjalan dengan anak2 kecil ni kena banyak berhenti. Ni kat masjid Mukim Sungai Peria, Kuala Krai. Kami tumpang tandas untuk mandikan si kecik. 



Teruskan perjalanan... berhenti lagi. Terliur pula tengok buah2 limau yang dijual di tepi jalan ni. Eh manis betul limau ni. Pelbagai harga dari RM8, RM10 dan RM12 bergantung kepada saiz. Buah keranji pun ada dijual. 



OK dah hampir 2 petang baru sampai Hentian Gua Musang. Singgah makan2, solat dan ke tandas. Kami makan ringan2 jer sebab perut masih kenyang. 



Inilah menu pilihan anak2. Makan jangan tak makan. 



Masa kat highway Kuala Lipis tu si kecik ni berak lah pula. Aduh! Maka berhenti lah kat tepi jalan, gunakan stok air minuman kami untuk cucikannya. Oh ya lupa nak beritahu, kami ke Kuala Lumpur kali ni secara solo. Saya memandu sendirian jer. Jadi tak perlu rush nak ikut orang. Kira santai2 saja. 



Sampai di RnR Gombak dah maghrib. Alhamdulillah, rasa dah dekat dengan tempat yang dituju. Si kecik pun OK jer sepanjang perjalanan, tak meragam. 



Perut dah lapar balik, maka makanlah pula. Berselera makan masa lapar. Siap makan, teruskan perjalanan ke Selayang rumah kakak ipar saya. 

Peristiwa yang kami tak dapat lupakan, silap jalan ke sana. Location yang dihantar tu bawa kami ke tempat lain. Dahlah masa tu malam, jalan di lereng bukit takde lampu. Kereta yang lalu kat situ pun tak banyak. Suspen betul! Rupa2nya jalan tu menuju ke Ulu Yam.

15 minit melalui jalan tersebut, kami buat keputusan untuk berpatah balik. Set semula location, dan Alhamdulillah selamat sampai ke tempat yang dituju. Begitulah ya kalau tak biasa dengan satu2 tempat tu, kita kena terimalah kes2 macam ni.

Kisah percutian kami seterusnya akan saya kongsikan dalam entri2 berikutnya.




No comments: