Friday, April 17, 2020

Beruntung Memiliki Sahabat yang Baik




🍍Assalamualaikum.
🍍Orang selalu berkata, mencari kawan lebih mudah daripada mencari sahabat. 
Betullah, sebab kawan kebanyakannya hadir semasa kita 
dalam kesenangan. Sedangkan sahabat itu 
sentiasa ada semasa senang mahupun sebaliknya.

🍍Bukan senang untuk mendapatkan sahabat sejati ini. 
Mungkin satu dalam seribu. Justeru, kalau sudah bertemu, 
hargailah dia demi sebuah persahabatan.

🍍Sahabat sejati akan selalu mendoakan 
kesejahteraan kita, biarpun tidak dipinta. Sungguh mulia hatinya.

🍍Untuk mendapatkan sahabat sejati, maka sewajarnya kita dulu 
yang menjadi sahabat kepada orang lain. Semoga suatu hari 
nanti ikatan persahabatan yang akrab ini mendapat keredaan Allah.

#kembaraminda7

2 comments:

Wafa cw said...

Untuk mendoakan kesejahteraan seseorang, seseorang itu pastinya sentiasa di hati dan dirindui

Amie said...

Alhamdulillah. Win-win situation. Marilah kita juga jadi sahabat yang baik kepada sahabat yang lain.