expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 22, 2020

Usah Cemburu, Rezeki Orang Lain





đź’śAssalamualaikum.
đź’śSemoga hari ini kita semua 
dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

đź’śSetiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing. 
Biarpun menjadi rahsia, kita harus sentiasa 
bersyukur dengan apa yang diperolehi.

đź’śRezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk. 
Umur, kesihatan, harta, anak-anak, dan sebagainya. 
Ada yang dikurniakan lebih dalam sesuatu 
perkara, mungkin kurang pula dalam hal yang lain.

đź’śUsah cemburu apabila melihat kelebihan 
orang lain dalam pemilikan harta, kesihatan, 
anak-anak dan sebagainya. Itu rezeki mereka. 
Rezeki kita juga ada, cuma mungkin tidak 
disedari atau terlepas pandang.

đź’śPercayalah, selagi kita bersyukur, 
in sha Allah rezeki akan datang. 
Syaratnya, mesti ada USAHA.

#kembaraminda7

No comments: