expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 20, 2020

Kenapa Sembunyikan Kesakitan itu?





🐌Assalamualaikum.
🐌Apa khabar? Semoga sihat-sihat selalu. 
Kalau sakit eloklah dapatkan rawatan segera.

🐌Ada juga orang yang merahsiakan kesakitan yang 
dilalui daripada pengetahuan orang lain. Baginya biarlah 
dia seorang diri yang menanggung.

🐌Itu kalau dapat disembunyikan. Kalau sudah kritikal 
mesti orang lain akan tahu juga. Bukankah ini 
akan menyusahkan orang lain pada akhirnya?

🐌Kenapa perlu berahsia? Mungkin ada banyak faktor, 
asal tidak menyusahkan pihak lain kan!

🐌Kalau sakit biasa-biasa macam sakit gigi itu, 
tak payahlah ceritakan satu dunia, kan! Tapi ada orang
 yang memang suka beritahu orang lain. Mungkin dengan 
cara itu dapatlah meringankan sedikit kesakitan yang dialami.

🐌Terimalah kesakitan itu sebagai ujian daripada Allah. 
Moga-moga ada dosa-dosa kita akan gugur dengan sebab kesakitan itu.

#kembaraminda7

No comments: