expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 22, 2020

Orang lain sibuk tanam snake plant, kami sibuk tanam Kaktus


Baru berjinak-jinak dengan hobi menanam kaktus. Nampak macam mudah tapi cerewet juga penjagaannya. Nakkan cahaya matahari tapi tak mahu hujan atau air banyak. Kalau pokok-pokok hiasan yang lasak boleh saja tanam dan biarkan di tempat terbuka. Kenapa kami memilih kaktus sedangkan orang lain sibuk dengan snake plant?


Kami memilih kaktus sebab penjagaannya minima. Yer lah, sembur air  beberapa hari sekali. Sembur baja pula beberapa minggu sekali. Kiranya sesuailah bagi yang tak berapa rajin menjaga pokok hiasan. Nak bercakap banyak pasal kaktus tak boleh sebab kami pun bela kaktus baru 10 pokok macam dalam gambar di atas. Peringkat awal ni tak boleh banyak, bimbang tak pandai jaga boleh mati pokok-pokok tu. 



Gambar ini pokok-pokok kaktus kami yang sedang beratur untuk ditukar pasu. Kiranya baru kali pertama ditukar pasu sejak dibeli 3 minggu lepas. Harga sepasu yang besar itu RM 18, manakala pasu kecil tu RM 10 untuk 3 pasu. Kalau nak tunggu kaktus ini besar, lambat lagilah, sebab itu rasa nak beli yang dah besar. Haha.. 



Siap tukar pasu. Baru nampak selesakan berada dalam pasu baharu ni. Pokok-pokok kaktus yang lain, dalam proses penukaran pasu. Jadi saya tak masukkan lagi gambarnya di sini. Kami sangat berharap kaktus-kaktus ini akan hidup dengan baik. Bagi yang ada pengalaman bela kaktus, bolehlah berkongsi tips dengan kami atau pembaca-pembaca yang lain.

6 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.