expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 27, 2020

Bucida Hijau di Halaman Rumah


Kalau tengok dari jauh nampak macam bayam Brazil. Rimbun dan segar rupanya. Sebenarnya ini adalah anak-anak pokok bucida. Asalnya daripada buah-buah yang gugur daripada pokok bucida di depan rumah saya. Banyak sangat, jadi saya longgokkan di situ. Tak sangkar pula menjadi anak pokok. 



Kalau biji buah bucida ini tidak dilonggokkan, macam dalam gambar di atas lah ia tumbuh. Saya tak pasti adakah pokok bucida yang dijual itu diambil daripada semaian biji atau tidak. Mungkin tidak kot. 



Biji asalnya berwarna hijau, lama-kelamaan bertukar kepada kehitaman. Barulah keluar pucuk menjadi anak benih. Kalaulah ia boleh dimakan, atau dijual boleh buat duit jugakan. Ini tidak, buat menyemak jer kalau tidak dibuang. 



Inilah rupa bentuk sebenar pokok bucida apabila sudah besar. Di rumah saya terdapat 7 batang pokok bucida hijau. Bolehlah buat berteduh daripada panas matahari. Kalau tengok pada daun-daun dan biji buah yang gugur, rasa nak tebang saja pokok-pokok ini. Tapi, saya berfikir positif, aktiviti membersih itu boleh juga menggantikan senaman. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.