expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 29, 2020

Peminat Kaktus dan Succulent di Kota Bharu tak perlu lagi ke Cameron Highlands


Dulu kalau nak beli kaktus, kena pergi Cameron Highlands. Sekarang di Kota Bharu, Kelantan pun boleh dapatkan pelbagai jenis kaktus. Daripada semurah RM10 untuk 3 pasu kecil hinggalah yang berharga ribuan ringgit. Boleh rambang mata nak pilih kaktus dan succulent kat sini. 



Suri Garden di Kota Bharu ini memang terkenal dengan pokok kaktus dan succulent. Boleh datang beli terus di kedai atau beli saja secara online. Untunglah bagi yang berada di sekitar Kota Bharu, boleh datang cuci mata dengan kaktus dan succulent. Ramai yang mula meminati kaktus dan succulent setelah datang melawat kedai ini termasuklah saya. 



Harganya pun berpatutan. Berbaloilah kalau berminat untuk membela kaktus atau succulent tanpa perlu pergi jauh untuk mendapatkannya. Jom cuci mata dengan gambar yang sempat saya rakam secara spontan semasa berkunjung ke sana. 











Meriah betul, memikat hati penggemar kaktus. Nampak cantik tapi awas kaktus berduri. 










Geram betul tengok si bulat yang menjadi hiasan di pintu masuk Suri Garden ini. Berusia puluhan tahun, bukan untuk dijual. 



Kepada yang ingin melihat atau membeli kaktus dan succulent, bolehlah ke sini. Sebarang pertanyaan, Suri Garden +60 19-900 9707

5 comments:

Illya LeYa said...

Wahh... Bestnya... Senanglah kan xpayah g jauh-jauh dah

KM7 said...

Ya. Boleh selalu pergi, feeling Cameron Highlands. Hehe.

Eyma Balkish said...

Cantiknya pokok kaktus...

Syaz Rahim said...

Macam2 ada kat kelantan sekarang ek, kaktus, harum manis pun dah boleh tumbuh hehe

Warisan Petani said...

Peluang bagi peminat kaktus sekitar kelantan