expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 11, 2020

Apa Lagi yang kaucari dalam Hidupmu?


Menjalani usia hampir senja ini, 
terhenti seketika di sini
untuk merenung kisah diri. 
Apa lagi yang kaucari?


Selama matahari bersinar, 
Selama hayatmu masih ada, 
begitu banyak masa, 
tenaga, keringat, dan pemikiranmu
terarah kepada tuntutan duniawi. 

Benar, 
Semua itu untuk kelangsungan hidup
dirimu dan mereka 
di bawah tanggunganmu. 

Tapi sampai
ke penghujung jalan ini, 
masih belum jumpakah
masih belum cukupkah
apa yang kaucari selama ini? 
Begitu lelah dengan permainan
kehidupan ini. 

Barangkali
pada akhir denyutan nadi
barulah berakhir sebuah pencarian
tentang apa yang kaucari
selama ini. 

@mogaza7



2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.