expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 10, 2020

Tak Perlu Tunggu Kaya untuk Bersedekah


"Kalau aku kaya, aku
akan bersedekah"
Ungkapan yang biasa kita dengar atau kita sendiri
yang berazam untuk melakukannya.
 
Persoalannya mengapa
mesti menunggu kaya dahulu
baru nak bersedekah?
Bukankah sedekah itu 
boleh dilakukan bila-bila masa.
Tak ada harta mahupun wang, 
boleh saja sedekahkan tenaga, 
pendapat mahupun
sekadar senyuman! 

Sebanyak mana harta
dibelanjakan untuk makanan, 
pada akhirnya menjadi 
bahan buangan. 

Sebanyak mana harta 
dijadikan simpanan, 
pada akhirnya menjadi 
rebutan setelah kita
tiada lagi di dunia. 

Tapi sebanyak mana
harta disedekahkan dengan
penuh keikhlasan, 
itulah bekalan yang 
memberi pertolongan
kepada kita kelak. 

Jadi jangan bertangguh
untuk bersedekah. 
Lagi banyak kita memberi, 
Lagi banyak kita mendapat 
ganjaran daripadaNya. 

@mogaza7 

1 comment:

Syaz Rahim said...

Allah dah janji, dia akan balas setiap kebaikan bersedekah dengan rezeki yang melimpah ruah :)