expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 5, 2020

Travel Mug Nescafe


Peminat Nescafe mesti kenal mug di atas. Sekali tengok terus terpikat. Travel mug Nescafe ini ada 2 warna, merah dan hitam. Saya hanya sempat mengumpul koleksi merah. Mug ini juga tersimpan rapi dalam gerobok KM7. Sayang pula nak gunakannya. Biarlah ia tersimpan dalam gerobok saja. 



Boleh digunakan untuk menyimpan air panas. Selama mana tahan kepanasan, tak pasti la pula. Menarik juga sebab penutupnya ada lubang khas, jadi tak perlu buka keseluruhan penutup. 



Jenama Nescafe memang sudah lama terkenal. Bagus juga kalau diberi mug atau apa saja cenderahati kepada peminatnya untuk dijadikan koleksi. 



Saya akan jaga koleksi ini baik-baik untuk kenangan suatu hari nanti. Harap-harap selamatlah tersimpan dalan gerobok KM7. Bimbang juga kalau anak-anak terambil dan dijadikan barang mainan. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.