expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 4, 2020

Lori 4 tayar menjadi koleksi istimewa


Ada beberapa koleksi istimewa bagi saya tersimpan dalam gerobok di rumah. Tiba-tiba terlintas idea nak buat entri ini. Koleksi pertama dalam segmen Gerobok KM7 ini saya isikan dengan lori Kit Kat.  Bukan sebarang lori, lori ini boleh buat tabung. Masa awal-awal dapat lori ini, adalah menabung juga. Tak lama kemudian, ia menjadi mainan anak-anak. Untuk menyelamatkannya saya simpan dalam gerobok hingga ke hari ini. 



Cantik kan? Kalau penuh tabung Kit Kat ini dengan syiling, boleh tahan juga jumlahnya. Apatah lagi kalau diisi dengan duit kertas, boleh kaya agaknya. Haha.. 



Warna lori Kit Kat ini merah, mungkin keluaran sempena Tahun Baharu Cina. Saya tak pasti, lupa pula nak buat catatan. Lori ini dikeluarkan pada tahun 2016. Kalau simpan lama lagi boleh jadi berharga juga lori ini kan. 



Kit Kat memang selalu mengeluarkan edisi istimewanya bersama cokelat, terutamanya pada musim perayaan. Saya peminat cokelat Kit Kat, jadi ada beberapa koleksi lain Kit Kat dalam gerobok saya. Tunggu entri akan datang. 

5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.