expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 17, 2020

Sekotak Buku dengan harga cuma RM50 sahaja

Seronok kan kalau dapat buku bacaan yang banyak macam dalam gambar di atas. Percaya atau tidak, buku-buku itu saya beli dengan harga cuma RM50 sahaja. Memang murah dan berbaloi. Masalahnya macam tak cukup masa pula untuk membacanya. Tak apalah, kita buat koleksi dulu. Senang-senang nanti bolehlah membacanya. Nak tahu saya beli di mana?


Pada awalnya saya terlihat iklan ini dalam facebook. Tertarik dengan tawarannya maka saya pun oder secara online. Sekotak buku dengan harga RM50 bukan senang nak dapat. Biarpun buku-buku terbitan Galeri Ilmu tersebut bukan cetakan terkini, tapi isi kandungannya masih relevan dan sesuai dibaca,



Oh ya, bayaran pos laju pula RM20 untuk satu kotak. Kira bolehlah kan. Kalau nak pergi beli sendiri di kedai buku tersebut, kosnya lagi mahal. Resit di atas dihantar melalui e-mel sebaik sahaja pembayaran dibuat.



Inilah 30 buah buku yang saya dapat dengan harga RM50 untuk satu kotak. Seronok tengok buku-buku bacaan yang banyak ni. In sha Allah, saya akan luangkan masa untuk membacanya biarpun mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya! Kalau ada yang berminat untuk mendapatkannta juga, boleh KLIK SINI.

6 comments:

  1. Wah, banyak betul buku yang menarik dan harganya pun memukau..😊

    ReplyDelete
  2. Berbaloi 30 buah buku RM50. Lepas ni kena jd pecinta buku la..tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi, simpan dulu tak sempat nak baca. Hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.