expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 22, 2020

Berkongsi Ilmu, Melakukan Kebaikan, dan Anugerah kesihatan

010 Usah takut untuk berkongsi ilmu. Tak akan berkurang ilmu yang kita ada apabila berkongsi dengan orang lain. Lebih bermakna apabila ilmu yang kita sebarkan itu menjadi amalan yang baik, mengalirkan pahala berterusan.


011 Jom sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara kebaikan. Selain memenuhkan masa terluang, ia menyebabkan kita tidak sempat untuk melihat keburukan orang lain. Banyak perkara baik untuk dilakukan di sekeliling kita. Pilihlah dan laksanakan seikhlas hati!.



012 Sudah lumrah, apabila sakit barulah rasa berharganya masa sihat. Walaupun berpangkat dan berharta, belum tentu dapat membeli nikmat sihat. Apatah lagi kalau kurang berada, tidak mampu untuk mendapat rawatan terbaik. Justeru, hargailah masa sihatmu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.