expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 6, 2020

Bahagiakan Ibu bapa ketika mereka masih hidup

019 Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa. Berbaktilah kepada keduanya semasa hayat mereka masih ada. Jangan tunggu sehingga kita menjadi orang berada atau senang dulu untuk berbakti, kerana pada masa itu mungkin mereka sudah tidak ada lagi. Mulakan sekarang mengikut kemampuan.


020 Apabila hati sedang marah, semua nampak tidak kena. Perkara yang tiada kaitan dengan kemarahan itu juga mendapat tempiasnya. Justeru, jangan membuat sesuatu keputusan penting ketika hati sedang marah. Sangat buruk kesannya. Ambil sedikit masa untuk meredakan kemarahan itu terlebih dahulu, dan buatlah keputusan ketika hati tenang dan boleh berfikir dengan rasional.



021 Setiap orang ada masalah sendiri. Belajarlah untuk menerima masalah dengan penuh kesabaran. Penting bagi kita untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lari dari masalah tidak akan menyelesaikannya, malah akan menambahkan lagi masalah lain. Ingat, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

2 comments:

Amie said...

Setuju. Ajal maut di tangan Allah. Tak perlu tunggu kaya baru nak berbakti kepada ibu bapa.

Syaz Rahim said...

pesanan2 yang baik, terima kasih