expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 17, 2020

Radio kaset JVC peneman setia masa bersekolah dulu


004 Radio kaset kesayangan saya. Masih ada dalam simpanan, cuma sudah rosak. Radio kaset ini saya mula gunakan pada tahun 80an, semasa dalam tingkatan 2.

Pada masa itu, suka sangat dengar lagu. (Sekarang pun suka juga!) Sanggup kumpul duit lebihan belanja sekolah untuk beli pita kaset. Beli pita kaset cetak rompak di pasar malam saja. Saya masih ingat, harganya cuma RM 2.50. Macam murah, tapi bagi pelajar sekolah, lama jugalah nak kumpul wang.

Setelah masuk universiti, saya beli radio kaset baru. Pita kaset pun mula beli yang original. Saya pernah simpan pita-pita kaset lama. Sayangnya telah banyak yang rosak dan hilang. Semuanya telah musnah dalam banjir 2014.

Yang tinggal hanyalah kenangan!

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.